welcome....


Monday, November 16, 2009

Amaran PM kepada ahli-ahli parlimen

Semua ahli Parlimen(MP) dan Adun tidak dibenarkan mati sebelum tempoh perlantikan mereka berakhir, demikian ditegaskan Perdana Menteri,Datuk Nazak.

"Sejak akhir- akhir ini ramai ahli-ahli Parlimen meninggal dunia dan ini amat membimbangkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak bagi mengadakan pilihanraya kecil."Kita baru lepas mengadakan pilihanraya umum.Buat apa nak buat pilihanraya lagi.Ini satu pembaziran terutama apabila BN kalah"kata PM

Tambah Perdana Mentari,sehubungan itu,kerajaan akan menggubal undang-undang supaya kematian dikalangan MP dapat dicegah dan mereka yang didapati mati akan menerima hukuman setimpal.

"Mana-mana MP yang mati akan dikenakan hukuman berat," tegas Nazak.Ditanya bentuk hukuman beliau berkata ia adalah kesalahan di bawah kanun keseksaan dan beliau telah mengarahkan Peguam Negara,Gini 4tail untuk mengkaji termasuk menggunakan ISA sebagai hukuman mereka yang mati.

Nazak ditemui selepas majlis bersumpah beramai-ramai ahli Umno seluruh negara bahawa mereka tidak kenal Altantuya.Sementara itu,Menteri dalam negeri Aumuddin Onn menyambut baik saranan Perdana Menteri itu malah berkata hukuman penjara saja tidak mencukupi.

"Kita mencadangkan supaya mana-mana Ahli Parlimen yang mati dikenakan hukuman berat termasuk,termasuk dikenakan hukuman mati,"kata Aumudin sambil mencadangkan keris digunakan untuk menjalankan hukuman.

KELEMAHAN KERAJAAN

Mengulas isu yang sama,mantan Perdana Menteri,Tun Det membidas Nazak kerana menggubal undang-undang tanpa terlebih dahulu merujuk kepada beliau.

"Kematian ramai ahli politik menunjukkan kelemahan kerajaan sekarang.Masa saya dulu tak ramai MP yang mati.Ini kerana mereka mahir berbahasa Inggeris,sebab tu saya kata jangan mansuh PSSMI.Tapi orang tak mau dengar cakap saya "kata TunDet menahan sebak.

Sementara itu,dalam perkembangan berkaitan seorang lagi mantan Perdana Menteri ,Tun Abdulleh menafikan laporan sebuah laman blog bahawa beliau telah mati."Jangan percaya kepada internet.Saya tidak mati,mungkin apabila mereka lihat saya tidur lama dianggap mati.Tidur lain,mati lain,"kata Abdulleh sambil menguap.

2 comments: